Tidak ada hari yang akan sempurna tanpa Basmalah.Mulakan semua kerja kita, perbuatan kita, ucapan kita dengan Basmalah.InsyaAllah hati akan rasa tenang, bahagia seolah-olah ada sesuatu yang menjaga kita.
Ye, sudah pasti Allah bersama kita.Kembalikan semua urusan kepada Allah yang menjadikan segala kerja kita sempurna dan hati kita tenang.
Sayangilah diri kita kerana Allah sayang kita.Mulakan dengan Basmalah tanda kita sayang diri kita.
Bismillaahirrahmaanirrahim.:)
Dalam satu hadith sahih, Baginda Rasulullah SAW menyebut :
"Aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh kali"
Baginda mengajar kita agar selalu memohon ampun kepada Allah.Bukan sahaja 70 kali, malah lebih dari itu.Allah sayang hambaNya yang selalu meminta ampun.Tidak ada manusia yang tidak berdosa kecuali Rasulullah SAW.Malah Allah taala tidak jemu untuk mengampunkan dosa-dosa kita walaupun dosa itu bagaikan buih dilautan, pasti akan diampunkan.
Allah kata, berdoalah padaKu, Aku akan kabulkan.Bersangka baiklah dengan Allah.Jika berdosa besar, taubat ialah jalannya.Merasa bersalah, menyesal dan berazam tidak akan buat dosa itu lagi, pasti Allah akan terima taubat kita.
Biasakan istighfar setiap hari, insyaAllah kita akan rasa ketenangannya. :)
Damai >< Tenang
Taman Saujana Hijau - Ketika coretan ini ditulis, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) Fasa 2 sedang berlangsung iaitu bermula 1 hingga 14 April.Fasa pertama sudah berlalu selama 2 minggu.Sehingga tarikh ini, bermakna taman yang cantik ini sudah hampir sebulan tidak menerima tetamu.Entah bila taman ini akan menerima tetamu lagi hanya Allah yang tahu.
Bukan sahaja taman ini, malah semua tempat-tempat yang cantik di dunia menerima hikmah yang sama.Menariknya, setiap mukmin akan merasa kebaikan dari setiap perkara yang berlaku disekelilingnya.
Baginda Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadith riwayat Imam Muslim ;
Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin itu ;
- Kerana setiap urusannya adalah baik,
- dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya).
- Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya.
- Jika dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
Justeru, marilah kita berusaha menjadi mukmin yang sempurna imannya.Hikmah adalah perkara ghaib yang tidak dapat kita capai sehinggalah Allah taala buka hijabNya.Pada waktu itu, kita akan bergembira dan bersyukur mengapa semua perkara ini berlaku kepada kita. :)
Mengopi - Dalam kamus dewan edisi ketiga ada menyebutkan perkataan ini.Mengopi iaitu minum kopi.Ada juga bahasa slanga mengopi yang memberi maksud meniru dalam peperiksaan.Tapi tak ada pula perkataan mengeteh dalam kamus dewan.Mengeteh atau ngeteh kata orang jawa.Maksudnya minum-minum.Kalau di bandar-bandar boleh jadi maksud melepak, minum-minum dekat kedai mamak lepas habis kerja.
Kenapa mengopi? Dari segi bahasanya menunjukkan suasana santai.Tidak ada benda yang nak dikejar.Maksudnya tenang.Oleh kerana waktu ini iaitu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) fasa ke-2 sedang berlangsung, saya mengambil keputusan untuk kembali menulis.Berusaha untuk menyuburkan semula minat yang pernah ditanam dahulu.Jadi, saya cuba ambil kesempatan ini untuk mengopi yang dalam istilah saya, santai-santai menulis dan membaca sambil membuat kerja-kerja yang tidak memerlukan dateline.
InsyaAllah, dalam ruangan yang ada ini, saya cuba berkongsi sesuatu dengan anda.Ambillah manfaat dan sebarkan sekiranya ia baik.
"Tidak ada kejayaan dan petunjuk
melainkan semuanya dari Allah Taala"
mzakiey | studio. Powered by Blogger.