MENGOPI
Sunday, April 12, 2020Mengopi - Dalam kamus dewan edisi ketiga ada menyebutkan perkataan ini.Mengopi iaitu minum kopi.Ada juga bahasa slanga mengopi yang memberi maksud meniru dalam peperiksaan.Tapi tak ada pula perkataan mengeteh dalam kamus dewan.Mengeteh atau ngeteh kata orang jawa.Maksudnya minum-minum.Kalau di bandar-bandar boleh jadi maksud melepak, minum-minum dekat kedai mamak lepas habis kerja.
Kenapa mengopi? Dari segi bahasanya menunjukkan suasana santai.Tidak ada benda yang nak dikejar.Maksudnya tenang.Oleh kerana waktu ini iaitu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) fasa ke-2 sedang berlangsung, saya mengambil keputusan untuk kembali menulis.Berusaha untuk menyuburkan semula minat yang pernah ditanam dahulu.Jadi, saya cuba ambil kesempatan ini untuk mengopi yang dalam istilah saya, santai-santai menulis dan membaca sambil membuat kerja-kerja yang tidak memerlukan dateline.
InsyaAllah, dalam ruangan yang ada ini, saya cuba berkongsi sesuatu dengan anda.Ambillah manfaat dan sebarkan sekiranya ia baik.
"Tidak ada kejayaan dan petunjuk
melainkan semuanya dari Allah Taala"
0 comments