Monday, April 13, 2020
Damai >< Tenang
Taman Saujana Hijau - Ketika coretan ini ditulis, PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) Fasa 2 sedang berlangsung iaitu bermula 1 hingga 14 April.Fasa pertama sudah berlalu selama 2 minggu.Sehingga tarikh ini, bermakna taman yang cantik ini sudah hampir sebulan tidak menerima tetamu.Entah bila taman ini akan menerima tetamu lagi hanya Allah yang tahu.
Bukan sahaja taman ini, malah semua tempat-tempat yang cantik di dunia menerima hikmah yang sama.Menariknya, setiap mukmin akan merasa kebaikan dari setiap perkara yang berlaku disekelilingnya.
Baginda Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadith riwayat Imam Muslim ;
Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin itu ;
- Kerana setiap urusannya adalah baik,
- dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya).
- Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya.
- Jika dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
Justeru, marilah kita berusaha menjadi mukmin yang sempurna imannya.Hikmah adalah perkara ghaib yang tidak dapat kita capai sehinggalah Allah taala buka hijabNya.Pada waktu itu, kita akan bergembira dan bersyukur mengapa semua perkara ini berlaku kepada kita. :)
0 comments